On 6:17 AM by Darussyifa Manjung No comments
PENGUMUMAN!!!
Berita baik untuk anda yang meminati untuk mempelajari ilmu perubatan Islam Darussyifa' Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.
Pengambilan pelatih baru Darussyifa' bagi negeri Perak Darul Ridzuan kini dibuka. Kepada yang berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut sila hubungi Ustaz Fahmi (016-5131631) atau Ustaz Zul (012-3852428).
Tarikh tutup permohonan adalah pada akhir bulan Februari 2015 kerana dijangkakan kelas pengajian akan bermula pada awal bulan Mac 2015.
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim" (Hadis riwayat Ibnu Majah)
On 1:27 AM by Darussyifa Manjung No comments
Alhamdulillah,
Dengan izin Allah, satu mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad lepas bertarikh 18 Januari 2015 di Ritz Garden Hotel untuk sesi pemilihan dan perlantikan ahli jawatankuasa baru Darussyifa' daerah Manjung bagi tahun 2015 dan telah dihadiri oleh ahli-ahli baru dan lama yang masih aktif.
Majlis mesyuarat ini juga telah dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Darussyifa' Negeri Perak, iaitu Ustaz Zakaria Nasirudin. Agenda utama mesyuarat ini bertujuan untuk melakukan proses perlantikan ahli jawatankuasa bagi tahun 2015 dan perbincangan mengenai aktiviti dan isu-isu berbangkit. Majlis bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan Ustaz Amil Fikri, diikuti tazkirah dan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria Nasirudin.
Bermulalah sesi pembubaran jawatankuasa kerja lama dan pemilihan calon dan perlantikan sah jawatankuasa kerja baru bagi jawatan-jawatan berikut :
Dengan izin Allah, satu mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad lepas bertarikh 18 Januari 2015 di Ritz Garden Hotel untuk sesi pemilihan dan perlantikan ahli jawatankuasa baru Darussyifa' daerah Manjung bagi tahun 2015 dan telah dihadiri oleh ahli-ahli baru dan lama yang masih aktif.
![]() |
Ustaz Zakaria Nasirudin, Pengarah Darussyifa' Perak |
![]() |
Ahli JawatanKuasa Darussyifa' Manjung 2015 |
Dalam pada itu dikhabarkan juga bahawa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah menyempurnakan pelancaran SOP (Standard Operating Procedure) untuk perkhidmatan rawatan Darussyifa' Malaysia. Berita ini merupakan salah satu pencapaian yang membanggakan bagi seluruh perawat Darussyifa'.
Mesyuarat diakhiri dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak Ritz Garden Hotel.
![]() |
Ahli-ahli Darussyifa' Manjung 2015 |
![]() |
Ahli-ahli Darussyifa' Manjung 2015 |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Popular Posts
-
Alhamdulillah, Dengan izin Allah, satu mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad lepas bertarikh 18 Januari 2015 di Ritz Garden Hotel untuk ...
-
PENGUMUMAN!!! Berita baik untuk anda yang meminati untuk mempelajari ilmu perubatan Islam Darussyifa' Tuan Guru Dato' Dr. Haron D...
Recent Posts
Blog Archive
Powered by Blogger.