Alhamdulillah,
Dengan izin Allah, satu mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad lepas bertarikh 18 Januari 2015 di Ritz Garden Hotel untuk sesi pemilihan dan perlantikan ahli jawatankuasa baru Darussyifa' daerah Manjung bagi tahun 2015 dan telah dihadiri oleh ahli-ahli baru dan lama yang masih aktif.
Majlis mesyuarat ini juga telah dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah Darussyifa' Negeri Perak, iaitu Ustaz Zakaria Nasirudin. Agenda utama mesyuarat ini bertujuan untuk melakukan proses perlantikan ahli jawatankuasa bagi tahun 2015 dan perbincangan mengenai aktiviti dan isu-isu berbangkit. Majlis bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan Ustaz Amil Fikri, diikuti tazkirah dan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria Nasirudin.
 |
Ustaz Zakaria Nasirudin, Pengarah Darussyifa' Perak |
Bermulalah sesi pembubaran jawatankuasa kerja lama dan pemilihan calon dan perlantikan sah jawatankuasa kerja baru bagi jawatan-jawatan berikut :
 |
Ahli JawatanKuasa Darussyifa' Manjung 2015 |
Dalam pada itu dikhabarkan juga bahawa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah menyempurnakan pelancaran SOP (Standard Operating Procedure) untuk perkhidmatan rawatan Darussyifa' Malaysia. Berita ini merupakan salah satu pencapaian yang membanggakan bagi seluruh perawat Darussyifa'.
Mesyuarat diakhiri dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak Ritz Garden Hotel.
 |
Ahli-ahli Darussyifa' Manjung 2015 |
 |
Ahli-ahli Darussyifa' Manjung 2015 |